Lama tak bersiaran dengan perkongsian resepi, jadi hari ini, saya mulakan dengan resepi ala ala sangat mudah. Sebelum itu, kita layan dulu intipati dari Kuliah maghrib surah Ad Dhuha, Fiqh oleh Ustaz Adli Saad bab Janaa'iz iaitu takziah kepada mereka yang ditimpa ujian atau musibah. Ianya adalah supaya mereka bersabar untuk menerima ganjaran Allah. Untuk sebarang musibah. Allah uji dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta atau kehilangan orang yang dikasihi.
Orang yang ditimpa musibah akan menyebut kita milik Allah, iaitu Innalillahi wainna ilaihiroojiuun. Semua milik Allah. Allah berhak memberi dan mengambil. Jadi hendaklah kita bersabar dan mengharap ganjaran Allah. Harus beri ucapan takziah pada orang ditimpa musibah. Tapi takziah tak boleh diberi berulang ulang kali. Cukup hanya sekali supaya kesedihan yang mungkin hampir hilang akan datang kembali.
Bila mendengar kematian, kita kena memohon keampunan bagi si mati dengan doa "Allahummaghfir lahum warhamhum wa �afihim wa'fu 'anhum", bukan dengan sedekahkan Al Fatihah seperti yang diamalkan ramai orang. Ini adalah si mati yang membawa banyak amalan tapi jika dosa tak diampun, tak akan masuk ke syurga. Ini adalah contoh orang yang muflis bila pahala terpaksa diberi pada orang lain dan dosa orang lain juga terpaksa diambil bila pahala yang ada telah habis. Tapi jika sikit amalan sekali pun, pada masa yang sama menpunyai dosa yang banyak tapi jika diampun, dia akan masuk syurga.
Beramal tanpa ilmu dalam mazhab shafie tak diterima amalannya. Jadi apa yang paling baik yang patut dibuat oleh anak anak adalah berdoa meminta keampunan pada ibubapa yang meninggal. Bukan dengan menambah amalan seperti mengadakan tahlil, upah orang membaca Al Quran, sedekah pahala dan sebagainya. Mudah sahaja. Ikut cara Nabi.
Dalam sebuah hadis, iaitu hadis daripada Othman bin Affan r.a. ia berkata pernah Nabi s.a.w. apabila sempurna mengebumikan mayat, baginda berdiri berhampiran kubur, lalu bersabda kepada orang ramai yang bermaksud: ``Pohonkan keampunan untuk saudara kamu dan mohon ketabahan baginya kerana ia sesungguhnya sekarang ini sedang disoal.'' Juga dalam surah Ibrahim: 40-41 dijelaskan tentang doa Nabi Ibrahim, yang memohon kepada Allah s.w.t. agar anak cucunya dijadikan Allah manusia yang kekal mendirikan sembahyang. Kemudian baginda berdoa yang bermaksud: ``Ya Tuhan kami, ampunilah akan daku juga kedua-dua ibu bapaku dan seluruh mukminin pada hari kiamat kelak.'' Walau pun banyak kali perkara ini diperkatakan, masih ramai yang sedekahkan Al Fatihah. Paling malang, bila hanya ditulis atau CnP Al Fatihah di WhatsApp tanpa membacanya pun. Semoga bermanafaat.
Setiap kali menyediakan hidangan, saya akan memastikan ianya seimbang dan berbagai kombinasi seperti berkuah, kering atau bergoreng dan sayuran. Jadi sayur goreng seperti ini memang lah antara kegemaran kami.
Resepi ini ibarat resepi bidan terjun tak kala tak ada idea untuk menyediakan hidangan sayuran, bolehlah guna resepi ini untuk apa sahaja jenis sayuran. Mudah, tak guna banyak bahan dan sedap. Lain lain aksesori seperti bawang goreng, cili merah dan daun bawang, bolehlah ditabur jika ada stock dalam peti ais masing masing. Nampak macam sempoi giler tapi sedap dan berkhasiat.
Jom layan resepi yang mudah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Jom layan...

Sayur Kubis Dengan Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk kubis
1/2 batang karot
1 tangkai cili merah - hiris
3-4 ulas bawang putih - hiris
1-2 biji telur - kocok sedikit
Garam
Serbuk perasa
Minyak
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan karot dan kacau sehingga agak lembut sebelum dimasukkan kubis.
Bila kubis hampir lembut, tuangkan telur dan kacau rata supaya bergaul dengan sayuran.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan cili merah dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.
0 coment�rios: