Tiada yang lebih mengembirakan bila Juita lulus dengan cemerlang peperiksaan A Level dan seterusnya layak untuk meneruskan pengajian ke peri...

Tahniah Juita

Juita Amanda

Tiada yang lebih mengembirakan bila Juita lulus dengan cemerlang peperiksaan A Level dan seterusnya layak untuk meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di UK. Seperti saya, Juita akan mengikuti pengajian dalam bidang Ekonomi. Seperti yang ramai tahu, saya adalah anak kampung dan merupakan generasi pertama dalam keluarga saya yang bekerja dan berhijrah di bandar. 

Ketika kecil, saya hanya tahu berdasarkan apa yang di lihat dan di dengar. Ketika itu, yang ada hanyalah radio. Jarang sekali rumah yang menpunyai televisyen. Rumah kami hanya ada TV ketika saya berada dalam darjah 5. Dua orang anak kampung saya telah berjaya melanjutkan pengajian ke United Kingdom. 

Jadi saya tahulah serba sedikit tentang London dan bercita cita untuk menjejakkan kaki ke United Kingdom terutama London. Orang kampung memandang tinggi mereka yang belajar di luar negara ketika itu. Maklumlah bilangan yang dapat masuk ke universiti tempatan pun, boleh dikira sahaja. 

Oleh kerana saya gagal menrealisasikan impian tersebut, saya mengharap dan menggalakkan anak anak untuk belajar di luar negara terutama London. Di sebabkan terdapat masalah teknikal Nana tidak dapat mengikuti kursus perubatan di United Kingdom. 

Ini adalah kerana Nana telah ditawarkan biasiswa untuk mengikut kursus pengajian Kejuruteraan Petroleum di USA bawah tajaan Petronas. Kami terlupa untuk menolak tawaran tersebut. Oleh kerana program biasiswa adalah bersepadu, penaja lain tidak lagi menawarkan biasiswa kepada Nana termasuklah MARA. 

Setelah rayuan, Pengarah MARA ketika itu, bersetuju untuk Nana ditawarkan program Pengajian Perubatan di United Kingdom. Tetapi oleh kerana semua tempat di UK telah penuh, Nana hanya diberi pilihan untuk ke Mesir sahaja. Oleh kerana minat mendalam untuk mengikuti bidang perubatan, Nana terpaksa menerima Mesir.  

Begitu juga anak anak yang lain. Saya juga menggalakkan Nellisa dan Hafez untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana di United Kingdom tapi saya tidak mahu mendesak. Biarlah mereka membuat keputusan sendiri. 

Jadi inilah sebabnya saya teramat gembira, bila Juita berjaya menjadikan impian saya satu kenyataan. Selain Juita, Aween juga sedang mengikuti pengajian A Level untuk persediaan bagi pengajian Ijazah di United Kingdom. London adalah satu destinasi yang sentiasa dekat di hati. Kalau boleh, setiap tahun saya mahu bercuti di sana. Apa lagi setelah anak anak ada di sana.


0 coment�rios: