Akhirnya hari ini, saya telah sampai ke catatan hari terakhir percutian di Jakarta. Memang terasa tidak puas berada di sana. Bercuti jika secara beramai ramai terutama dengan keluarga dan sahabat memang menyeronokkan berbanding dengan kita pergi sendirian atau dengan kumpulan yang mungkin tidak dikenali sebelumnya. Pasti sekali boleh mulakan persahabatan tapi jika bersama dengan sahabat yang memang rapat, lagilah best.
Inilah rasanya percutian luar negara pertama yang kami bercuti dengan sahabat kami. OK tidak mahu berceloteh panjang panjang, jom kita ikuti aktiviti kami di hari terakhir sebelum mengucapkan Selamat Tinggal Jakarta, sehingga bertemu lagi.
Pagi pagi selepas bersarapan, kami turun membawa bag. Kami terpaksa mengambil satu teksi lagi kerana coach tidak dapat memuatkan semua kami kerana satu baris tempat duduk, telah digunakan untuk memuatkan bag pakaian sahaja.
Bak kata Finar, di bandar yang sesak seperti Jakarta, mereka akan cuba mencari coach yang kecil supaya mudah untuk bergerak di tengah kesesakan dan juga parking. Sesampai di airport, kami singgah di Kopitiam Old Town White Coffee kerana Nelly dengan Aween tidak turun bersarapan di hotel.

Flight kami pukul 12.15 tengahari waktu tempatan yang merupakan satu jam awal dari waktu Malaysia. Sementara menunggu waktu boarding, kami join Dato' Saleh di Cafe Bangi Express. Sedap pulak, makan roti dengan serikaya durian.
Kemudian kami berjalan perlahan lahan ke ruang menunggu kerana perlu melalui satu lagi pemeriksaan keselamatan. Seperti biasa, sambil tu saya mengambil gambar gambar buat kenangan. Memang kalau berjalan dengan saya, akan ada banyak gambar kerana memang saya suka mengambil gambar. Bila bercuti, kamera adalah teman setia yang akan ada dalam handbag saya.
Berakhirlah sudah percutian kami bersama keluarga dengan keluarga Dato Salehuddin. Bukan senang untuk mencari masa yang sesuai untuk bercuti bersama sama.
Walaupun ini kali kedua, saya ke Jakarta, namun percutian kali inilah yang saya benar benar explore Jakarta dan melihat kota Jakarta yang sangat besar dengan bangunan bangunan tinggi mencakar langit yang tumbuh bak cendawan selepas hujan dengan shopping mall yang besar besar.
Percutian yang sangat menyeronokkan. Tiada sightseeing, tapi cukup untuk kami melarikan diri seketika dari rutin kerja seharian. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Hingga bertemu lagi, Jakarta akan pasti sentiasa di ingatan.

0 coment�rios: