RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH BAHAN BAHAN 1 Bungkus Kueytiaw Udang/ Kerang / Ayam 1 Biji Telur 2 biji bawang merah (dihiris) 4 ulas bawang p...

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH


RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

BAHAN BAHAN

1 Bungkus Kueytiaw
Udang/ Kerang / Ayam
1 Biji Telur
2 biji bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
2 Cawan Air
Segenggam Taugeh
Sedikit hirisan daun kucai
Garam / pati ayam.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumiskan 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili

2. Apabila tumisan sudah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh,Tumiskan Seketika.

3.  Kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis

4. Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)

5. Masukkan 2 cawan air

6. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)

7. Masukkan 1 bungkus kuey teow,Segenggam taugeh dan Sedikit hirisan daun kucai

8. Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa

9. Kacau rata, siap!


Kredit Resepi 
Raffieyusoff via ibu resepi


0 coment�rios: