Hari ini saya ingin kongsikan petikan dari tazkirah oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato Dr Zulkifli berkenaan persiapan diri menghadapi Rama...

Sos Cili Pencicah Chef Wan Yang Sangat Sedap

Sos Cili Pencicah Chef Wan Yang Sangat Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan petikan dari tazkirah oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato Dr Zulkifli berkenaan persiapan diri menghadapi Ramadhan. Dalam Islam kehidupan ada pasang surut. Momentun diberi supaya umat Islam sentiasa bersemangat seperti kedatangan bulan Ramadhan, selepas raya datang pula musim Haji dsb. 

Ramadhan bulan yang di nas secara khusus dalam Al Quran. Siang hari dalam bulan Ramadhan, kita tidur pun dalam keadaan sedang berpuasa. Jadi kita sentiasa dapat pahala. Begitulah uniknya ibadah dalam bulan Ramadhan. Siapa bagi makan orang berpuasa, akan dapat pahala puasa orang itu tanpa mengurang pahala orang tersebut. 

Buat amalan yang sunat, dapat pahala seperti amalan wajib. Buat wajib dapat pahala diganda. Buat umrah Ramadhan dapat pahala seperti mengerjakan Haji atau mengerjakan Haji bersama Rasulullah. Terutama 10 akhir Ramadhan. 

Kita mesti menyediakan agenda di dalam bulan Ramadhan. Cth baca Al Quran dan khatam. Jadikan bulan ini sebagai bulan pecutan untuk kehidupan yang hebat. Buat secara bersungguh dan luar biasa. 

Orang Islam kena ubah menjadikan Ramadhan sebagai bulan kemenangan di mana umat Islam jauh ke depan. Banyak kejayaan di zaman Rasulullah dan sahabat berlaku dalam bulan Ramadhan. 

Kita kadang kadang tak tahu apa nak buat. Dah jadi seolah rutin biasa sahaja. Doa orang selepas khatam Al Quran adalah afhdal dan makbul. 

Ambik kesempatan untuk sebaik mungkin bagi menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan yang boleh dijadikan perubahan hidup. Setengah hari boleh tahan lapar dahaga. Kita boleh ubah. Bulan Ramadhan kita boleh datang ke surau. Kenapa tak diheret perubahan itu sehingga selepas bulan Ramadhan. 

Bulan Ramadhan mengajar kita berkenaan masa. Masa berbuka yang tepat, masa terawih, masa bersahur. Masa yang lebih tersusun dalam beribadah. 

Bulan Ramadhan juga bulan kekeluargaan di mana nikmat besar dapat makan bersama keluarga. Di luar bulan Ramadhan sangat susah untuk dilakukan. 

Bulan Ramadhan minta satu jam sahaja dengan semua anak anak di mana pukul 6 mandi dan ambik wudhu. Pukul 6.30 duduk di satu kawasan beramai ramai, buat tazkirah. Satu hari kongsikan satu hadis Nabi. 10 minit kedua baca zikrullah. 10 minit ketiga pula kita berdoa. Baca doa untuk semua anak anak. Doa orang berpuasa tak akan ditolak. 

Selepas itu berbuka. Berkumur dan terus solat berjemaah. Selepas itu ke masjid, bagi sikit duit kat anak untuk mereka sedekah di masjid. Anak anak juga akan mengikut apa yang kita ajar bila mereka sendiri menpunyai keluarga sendiri. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.

Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Sos Cili Pencicah yang sangat sedap. Resepi dari Chef Wan ini saya salin dari SINI. Layan resepi cucur udang yang saya gandingkan dengan sos cili pencicah hari ini di SINI.


Sos Cili Pencicah Chef Wan Yang Sangat Sedap

Saya menyediakan sos cili ini untuk dimakan dengan cucur udang. Saya masih tidak sihat dan tiada selera makan. Jadi terpaksa lah minta Nana dan Encik Hubby untuk merasa dan memberi komen. Kata Nana, sangat sedap dan secukup rasa bila dicicah dengan cucur udang.   

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya hanya menyediakan separuh sahaja dari bahan di bawah kerana cukup untuk sekali makan sahaja. 

Sos Cili Pencicah Chef Wan Yang Sangat Sedap

Sos Cili Pencicah Chef Wan

Bahan bahan:
8 tangkai cili merah 
2 ulas bawang putih  
1/4 cawan air 
1/4 cawan cuka 
4 sudu besar sos nampla/sos ikan
1 cawan gula halus/kaster
4 sudu besar kacang tanah ditumbuk - tak letak

Cara cara:
Kisar semua bahan di atas kecuali gula dan kacang. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masukkan gula. Kacau rata. 

Sos Cili Pencicah Chef Wan Yang Sangat Sedap

Masak bahan kisar sehingga pekat seperti memasak sirap gula. Bila sejuk, ianya akan bertambah pekat

Sos Cili Pencicah Chef Wan Yang Sangat Sedap

Sos Cili Pencicah Chef Wan Yang Sangat Sedap

Sebelum hidang taburkan kacang tanah yang ditumbuk. 


Sedia untuk dicicah dengan cucur udang, cucur bilis, keropok atau tauhu sumbat. 

Sos Cili Pencicah Chef Wan Yang Sangat Sedap


0 coment�rios: