Hari ini saya bersiaran dari Tropicana Medical Centre setelah saya dimasukkan ke wad kerana masalah demam yang berpanjangan. Ujian darah menunjukkan saya mengalami demam kerana jangkitan bakteria. Sehingga saat ini, saya masih lagi tidak sihat. Suhu badan masih tidak stabil. Namun ianya memberi hikmah kerana saya diberi masa dan ruang untuk membuat muhasabah diri. Sekarang kita tinggalkan dulu bab kesihatan saya.
Petikan kuliah Ustaz Dr Mohd Shafie berkenaan kesibukan mengejar dunia yang dianggap ukuran kejayaan dunia. Dunia adalah tempat ujian untuk dapat tempat selesa di akhirat nanti. Tajuk yang sangat memberi semangat untuk saya untuk terus kuat melalui segala ujian hidup.
Petikan kuliah Ustaz Dr Mohd Shafie berkenaan kesibukan mengejar dunia yang dianggap ukuran kejayaan dunia. Dunia adalah tempat ujian untuk dapat tempat selesa di akhirat nanti. Tajuk yang sangat memberi semangat untuk saya untuk terus kuat melalui segala ujian hidup.
Di dunia ini kita gembira bila keadaan akan ikut kehendak dan kemahuan kita. Bila kita tak boleh paksa keadaan untuk ikut kehendak, kita akan jadi risau bimbang sedih dsb. Contoh kita risau kalau kerja tak siap.
Apa yang sepatut kita buat ialah fokus pada kerja secara bersungguh sungguh, dengan fokus ia akan jadi amal soleh. Siap atau tidak kerja kita adalah urusan Allah. Kena bertawakal pada Allah. Barulah kita akan hidup dengan tenang.
Kita tak boleh control result. Jika kebetulan kerja tu siap, mengikut apa yang dirancang, itu kira Alhamdulillah. Jika tak siap juga, akan sambung. Itu namanya redha. Ianya bukan bermakna, kita kerja sambil lewa. Kita risau boss marah tapi kita tak risau jika Allah murka. Bagaimana nak hilangkan risau ialah amalkan konsep tawakkal. Jangan tengok result. Barulah kita akan tenang.
Dalam realiti kita menjadi terbalik. Buat kerja tapi risau takut kerja tak siap. Banyak energi dah ambik tempat yang kita risau. Apa yang ada di dunia semuanya adalah ujian. Senang atau susah, semuanya ujian. Allah akan uji kita. Allah nilai kita berdasarkan usaha. Siapa antara kamu yang paling baik usahanya. Bukan result atau pencapaiannya.
Pesanan ini sebenarnya adalah untuk saya sendiri, supaya saya kuat kerana keyakinan tiada siapa yang memberi rezeki saya melainkan Allah. Tiada siapa yang boleh menyentuh saya melainkan dengan keizinan Allah.
Pesanan ini sebenarnya adalah untuk saya sendiri, supaya saya kuat kerana keyakinan tiada siapa yang memberi rezeki saya melainkan Allah. Tiada siapa yang boleh menyentuh saya melainkan dengan keizinan Allah.
Allah bagi rezeki pada orang tak taat juga. Kadang kadang lebih banyak dari orang taat. Itu sebab orang kafir ramai yang kaya raya dan berjaya. Jangan heran sangat kerana ia akan digunakan untuk siksa dan diazab di akhirat.
Bila berdoa, tutuplah dengan doa "Rabbana Atina fiddunya Hasanah. Wa fill aakhirati hasanah. Waqiina adzaabannaar". Bermaksud pengakuan yang apa sahaja Allah bagi kita akan taat. Bila berdoa, mintalah "Jika ianya baik bagi aku, di mana aku akan jadi seorang yang lebih taat kepada Mu, maka berikan lah pada ku. Tapi jika ianya tidak baik pada ku, jauhkan lah".
Ok sekarang kita masuk bab masakan pula. Semasa ke pasar tani Kota Damansara pagi satu hari minggu, tujuan asal untuk mencari udang galah dan pucuk paku. Tapi bila ternampak ada juga batang keladi, saya beli juga seikat. Saya hanya pandai makan batang keladi, jika dimasak gulai dengan udang sahaja. Lain lain tak pernah lagi masak sendiri.
Sebelum ini saya memasak keladi yang menyebabkan sakit bengkak dan gatal seluruh badan. Biasanya saya saya tidak pernah lagi merebus batang keladi sebelum dimasak. Semuanya disiang dan dimasukkan terus ke dalam periuk.
Tapi takut peristiwa sama berulang kembali, saya rendam dulu dan buang air merah dan kemudian dicelur dulu batang keladi dengan sedikit garam dan asam keping. Agak agak lembut sahaja, terus angkat dan tos.
Oleh kerana ianya telah lembut, batang keladi yang dicelur ini hanya dimasukkan setelah gulai hampir ditutup api sahaja. Takut terlebih lembut pun, tak sedap pulak.
Kali ini saya mnggunakan resepi turun temurun keluarga kami bila memasak gulai. Bukan sahaja gulai udang, tapi juga gulai ikan pun menggunakan resepi ini juga. Zaman dulu, jenuhlah saya menumbuk semua bahan bahan ini dengan menggunakan lesung batu.
Gulai Udang Dengan Batang Keladi
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
300 gram udang
Batang keladi - siat kulit luar
1 kotak santan kotak
1 keping asam keping
Garam
Gula
Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 hiris lengkuas
1/2 sudu besar rempah ketumbar biji
4-5 tangkai cili kering - rendam air panas
Cara cara:
Batang keladi yang disiat lapisan nipis kulit luar, dipotong dan dicelur seketika dengan sedikit garam dan asam keping bertujuan untuk menghilangkan gatal. Angkat dan tos.
Satukan bahan kisar dengan santan dan air secukupnya. Masak atas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih. Perlu selalu dikacau supaya kuah tidak berketul ketul.
Setelah mendidih, masukkan udang dan masukkan batang keladi yang dicelur.
Akhir sekali, masukkan asam keping, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
Terus dikacau beberapa minit lagi selepas api ditutup untuk mengelakkan kuah dari berketul ketul dan tidak cantik.
0 coment�rios: