Percutian keluarga kali ini adalah yang paling istimewa kerana ianya disertai oleh semua anak anak dan menantu juga. Kali terakhir adalah pe...

Percutian Keluarga ke United Kingdom dan Scotland Yang Sangat Bermakna

Percutian United Kingdom dan Scotland

Percutian keluarga kali ini adalah yang paling istimewa kerana ianya disertai oleh semua anak anak dan menantu juga. Kali terakhir adalah percutian kami ke Bandung di SINI  pada September 2010. Memang sukar untuk mendapatkan waktu bila semua anak anak free dalam masa yang sama. Percutian kami ke Jakarta baru baru ini di SINI, Nana pula tidak ikut serta. 

Selain itu, percutian dirancang lebih awal dari sepatutnya kerana Hubby ingin bercuti bersama keluarga bakal besan kami yang juga akan bercuti pada masa yang sama. Mereka akan ke Switzerland dan kami akan ke Manchester dan Scotland. Kami akan bertemu semula di London pada minggu berikutnya. Kalau ikut kan, saya lebih selesa untuk bercuti selepas selesai majlis perkahwinan Boy. 

Selain bercuti, kami ingin melawat Juita di Manchester. Ingin melihat sendiri tempat penginapan, tempat belajar beliau dsb. Yang utama juga untuk menemani Boy dan Mira untuk shopping barang hantaran untuk majlis perkahwinan mereka. Hahaha atau sebenarnya saya sendiri yang ingin bershopping. 

Saya mula menukar duit secara berdikit dikit dengan melihat kadar tukaran semasa. Saya tukar pada kadar 5.627 di Mid Valley dan 5.56 dan 5.54 di Kota Damansara. Beberapa hari sebelum berangkat, kadar tukaran lebih murah iaitu 5.52. Ianya masih lebih rendah berbanding dengan ketika kami ke London tahun 2016 di mana tukaran adalah pada kadar 6.2. Boleh klik di SINI

Percutian United Kingdom dan Scotland

Pakaian sejuk pula, saya beli hanya sehelai seorang kerana yang lain semua telah menpunyai pakaian sejuk masing masing. Saya juga terpaksa membeli 2 bag pakaian bersaiz besar dan untuk yang lain, saya bercadang untuk membeli di sana, jika perlu sahaja. Risau jika bag yang banyak tidak muat untuk dimasukkan ke dalam kereta sepanjang di sana.

Selain itu, yang pasti adalah barang makanan. Selain untuk dimakan dan dimasak sepanjang kami di sana, juga untuk Juita. Saya membawa makanan segera, rempah rempah masakan dan juga bekalan mee maggi hotmealz yang tidak pernah ketinggalan dibawa setiap kali kami bercuti. 

Percutian United Kingdom dan Scotland

Kebiasaannya saya akan memasak samada untuk makan malam atau sarapan pagi. Memasak yang simple simple sahaja seperti nasi goreng, nasi lemak atau nasi putih dengan lauk yang mudah mudah. Pastikan perut kenyang sebelum mula keluar berjalan jalan. 


0 coment�rios: