Saya hari ini hendak kongsi resepi paling mudah tetapi paling sedap pada selera saya dan paling saya gemari. Ianya adalah makanan simple saya sejak zaman kanak kanak. Sejak zaman saya boleh mengingati apa yang saya lalui lah kiranya. Daging goreng garam kunyit. Tapi sebelum itu meh kita citer citer sedikit bab perkongsian ilmu.
Petikan kuliah zohor Ustaz Aliff Mahari dimulakan dengan ucapan syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi izin untuk datang llagi ke majlis ilmu. Mudah mudahan ianya dikira sebagai amalan soleh. Hari ini adalah bab dosa yang ke28 dari 70 dosa besar iaitu memakan yang haram atau yang dianggap haram dari syariat Islam. Islam melarang memakan sumber haram atau memakan harta sesama sendiri secara bathil. Contoh merampas harta dengan menggunakan sumpah palsu. Memakan harta bathil adalah secara zalim samada tipu khianat curi dsb. Kedua sumber melalui judi atau sumber yang diharam.
Insya Allah kita tak makan makanan haram seperti arak, bangkai dsb. Yang ni, ramai boleh jaga. Tapi ramai tak jaga dan tak ambik berat sumber perniagaan kita dari mana. Yang penting ada untung. Allah akan tanya dari mana kamu dapat, sumber apa, komisyen dari mana. Dapat duit akan dibelanja, juga akan ditanya ke mana ianya dibelanjakan.
Ada manusia mengelap harta Allah secara tidak benar seperti harta zakat, baitul mal. Orang tak keluar zakat, adalah berdosa besar. Kena keluar zakat pendapatan. Baitul mal adalah pusat terima zakat juga akan ditanya samada ianya diagih tak pada golongan asnaf atau diselewengkan menyebabkan ramai orang Islam hidup susah. Kempen supaya bayar zakat dibuat tetapi pengagihan tidak seperti yang diharapkan. Kena jawab di hadapan Allah Taala kerana harta Allah telah tidak diagih dengan sebaik mungkin.
Kesan makan sumber yang haram akan menyebabkan doa kita tidak diterima. Sedang Allah sangat suka jika hambaNya berdoa. Allah Maha Menerima doa hambaNya.
Ada doa yang diberikan setelah kita mati. Ada doa yang belum diterima lagi. Semua doa kita Allah terima. Tapi jika memakan sumber rezeki haram, memang Allah tak terima. Jadi kena bersihkan duit dan harta kita. Biar rezeki dari sumber halal semuanya. Sedekah dan zakat untuk membersihkan harta.
Jika dicampur antara yang halal dan yang haram, semua akan jadi haram. Contoh campur arak dan air sirap tetap jadi haram. Kalau harta jangan makan 100% tapi kena tunaikan sedekah zakat dsb. Kena fikir untung dunia dan untung akhirat.
Jadi dalam bekerja jangan mengkhianati orang kerana kita mahu membawa balik rezeki yang bersih untuk anak isteri makan. Kalau dulu saya ada menulis bab politik pejabat. Sebetulnya ramai kawan kawan pejabat saya yang baik cuma adalah dua tiga orang sahaja yang lain sikit peel nya. Tapi yang sedikit pun kadang kadang boleh memberi kesan pada hidup kita. Mungkin juga betul kata seorang kawan saya, yang saya diuji kerana saya setiap hari berazam untuk menjadi orang yang lebih baik. Jadi untuk mengetahui samada saya telah pun mencapainya, saya perlu diuji.
Setiap hari saya pasti melangkah ke pejabat dengan azam untuk menjadi seorang yang lebih baik, yang kurang bercakap apalagi menyebut nama orang lain, yang menjadikan kerja sebagai ibadah, yang redha dengan karenah, yang melakukan sesuatu kerana Allah Taala, yang menyakini sepenuh penuhnya bahawa saya tidak perlu kuatir dengan janji Allah bab rezeki. Saya tidak harus merasa takut dengan sesiapa kerana Allah pasti melindungi kita dari dikhianati dan dizalimi. Saya akan tetap berazam setiap hari walaupun setiap hari juga saya gagal menjadikan ianya satu realiti.
Setiap hari saya pasti melangkah ke pejabat dengan azam untuk menjadi seorang yang lebih baik, yang kurang bercakap apalagi menyebut nama orang lain, yang menjadikan kerja sebagai ibadah, yang redha dengan karenah, yang melakukan sesuatu kerana Allah Taala, yang menyakini sepenuh penuhnya bahawa saya tidak perlu kuatir dengan janji Allah bab rezeki. Saya tidak harus merasa takut dengan sesiapa kerana Allah pasti melindungi kita dari dikhianati dan dizalimi. Saya akan tetap berazam setiap hari walaupun setiap hari juga saya gagal menjadikan ianya satu realiti.
Jom hari ini saya kongsikan resepi simple tetapi lauk ini yang sangat sedap di tekak saya. Lauk yang sentiasa menggamit rindu saya pada kampung halaman....
Daging Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Daging
Garam
Kunyit hidup
1 biji bawang besar Holland - hiris nipis
1 biji bawang besar Holland - hiris nipis
3 tangkai cili hijau Solok
Sedikit daun sup
Cara cara:
Perap daging dengan garam dan kunyit yang ditumbuk. Biarkan dalam 20-30 minit.
Masukkan daging ke dalam kuali dengan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Jika belum empuk, boleh tambah air.
Masukkan daging ke dalam kuali dengan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Jika belum empuk, boleh tambah air.
Setelah daging empuk dan air kering, masukkan minyak. Dan goreng daging sehingga agak agak daging sedikit keperangan. Jangan goreng terlalu lama kerana daging akan menjadi liat.
Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili hidup. Kacau rata. Setelah angkat, sedia dihidangkan, tabur dengan daun sup.
0 coment�rios: