Bila melihat ramai rakan rakan yang bercuti bersama keluarga, terasalah macam lama saya tak pegi bercuti. Kali terakhir adalah pada awal tah...

Percutian Cruise Dengan Costa Asia



Percutian Cruise Dengan Costa Asia



Bila melihat ramai rakan rakan yang bercuti bersama keluarga, terasalah macam lama saya tak pegi bercuti. Kali terakhir adalah pada awal tahun 2016 di mana saya dan anak anak bercuti di Paris dan London. Hmm kalau pun tidak ke luar negara, saya mesti mencari satu kelainan dalam percutian akan datang. Percutian macam mana ya? Ohh tiba tiba teringat cadangan kawan kawan yang mengajak kami bercuti dengan menaik cruise secara beramai ramai dengan membawa keluarga masing masing. Memang dah lama berhajat untuk bercuti dengan pelayaran cruise. 


Percutian Cruise Dengan Costa Asia


Saya pun mula membuka ipad dan menanya nanya Pak Cik Google dengan menaip cruise vacation. Waah mata cepat jer ternampak Costa Victoria. Hati dah berbunga riang bila mata terbaca yang Costa Victoria sedang dalam proses mendapat pengesahan sijil Halal. Waah maknanya tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal sepanjang cruise. Selama ini hasrat untuk menaiki cruise selalu terbantut kerana kuatir akan makanan yang tersedia di mana kebanyakannya adalah makanan Barat yang kadang kadang tidak sesuai dengan orang muslim. 



Sebagai blogger masakan, saya sangat mementingkan tempat percutian yang dipilih mudah untuk mendapat makanan halal. Lebih lebih lagi bagi percutian luar negara. Saya akan membuat sedikit research untuk mendapatkan maklumat tentang restoran dan makanan halal. Ini adalah kriteria utama untuk saya sekeluarga. Hmm lepas ni, tiadalah masalah untuk menikmati percutian cruise sambil menikmati makanan Itali dan juga makanan dari negara negara luar yang disediakan oleh Chef chef tempatan untuk tetamu dari negara negara Asia. Menikmati keenakan dan keunikan makanan Itali. Italy At Sea sambil bersantai santai. Adoi layan gambar gambar pun dah membuat kita menelan nelan air liur nih. Makanan Itali adalah antara makanan kegemaran saya sekeluarga. Keenakan pizza dan pastanya memang tidak dapat disangkal lagi.



Percutian Cruise Dengan Costa Asia



Untuk anak anak yang berumur 13 tahun ke bawah, boleh bercuti secara percuma. Jom sama sama nikmati percutian santai. Larikan diri dari kesibukan rutin harian dengan menikmati keindahan lautan membiru yang sangat mendamaikan. 






Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh layari laman web Costa Victoria di SINI dan klik di SINI untuk mendapatkan detail itineri. 



0 coment�rios: