Seperti mana follower blog Azie Kitchen sedia maklum, saya telah membuat satu penampilan dan wajah baru pada blog Azie Kitchen setelah 6 tah...

Makluman Perubahan Domain Blog Azie Kitchen




Domain Blog Azie Kitchen



Seperti mana follower blog Azie Kitchen sedia maklum, saya telah membuat satu penampilan dan wajah baru pada blog Azie Kitchen setelah 6 tahun berada di alam maya. Ianya bertujuan untuk menjadikan blog lebih mesra pembaca terutama kepada yang menggunakan mobile.  

Selain itu, blog Azie Kitchen lebih integrated di mana memudahkan follower untuk follow facebook page Azie Kitchen, memudahkan untuk subscribe Azie Kitchen youtube channel dan juga untuk follow Instagram Azie Kitchen. 

Walaupun telah hampir setahun saya membuka akaun Instagram, ramai pembaca yang menulis kepada saya memberitahu betapa gembira kerana akhirnya bertemu dengan Instagram Azie Kitchen. Sedangkan link telah diberikan dalam blog yang lama. 




Dengan berwajah baru yang lebih mesra pembaca, saya perhatikan senarai follower untuk facebook page dan Instagram juga meningkat dengan ketara. 

Sebagai salah satu proses rebranding blog Azie Kitchen, saya juga ingin membuat pengumuman bahawa domain blog Azie Kitchen telah bertukar dari https://aziejaya.blogspot.com ke domain yang baru iaitu http://www.aziekitchen.com 




Jadi buat di peringkatan permulaan, saya menjangkakan akan terdapat sedikit gangguan sementara kepada pencarian entri di blog Azie Kitchen. Namun perubahan ini diharap dapat memantapkan lagi blog Azie Kitchen untuk manafaat kita semua. Jom sama sama war war dan share makluman ini.

Salam sayang buat semua. 
Ikhlas dari 

Azie Kitchen 



0 coment�rios: