Acar Timun Masak adalah antara sayuran kegemaran saya untuk majlis makan makan atau hari raya. Sesuai dan serasi di makan dengan nasi minyak...

Acar Timun Masak Yang Rangup




Acar Timun Masak Yang Rangup



Acar Timun Masak adalah antara sayuran kegemaran saya untuk majlis makan makan atau hari raya. Sesuai dan serasi di makan dengan nasi minyak, nasi tomato dan juga nasi putih. 

Jadi bila saya memasak daging korban untuk hari raya, saya pasti tidak lupa menyediakan acar timun masak. Kira macam wajib ada. Saya memang suka makan meratah ratah begitu sahaja. Aduhaai sedap. Krup krap krup krap bunyi timun ranggup yang dikunyah. 



Acar Timun Masak Yang Rangup


Selain Acar Timun Masak, saya juga suka Acar Timun Mentah. Kakak saya memang mahir bab penyediaan acar timun mentah untuk jumlah yang banyak. Untuk dihidangkan di majlis kenduri. Biasanya bab ini akan diserahkan pada beliau. Boleh klik di SINI.

Boleh klik di SINI untuk entri acar timun masak yang saya sediakan sebelum sebelum ini. Memang antara masakan feveret saya. Walaupun anak anak tak berapa suka, saya tak kisah kerana saya memang suka sangat dengan acar ni.  

Jom layan resepi yang saya gunakan. Boleh layan resepi penyediaannya di youtube Azie Kitchen channel atau klik di SINI. Tapi saya tak letak resepi di youtube, nak tengok resepi kena masuk ke sini. 



Acar Timun Masak Yang Rangup

Acar Timun Masak

Bahan bahan:
4 batang timun
1 batang karot
6 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit biji sawi
Serbuk kunyit
3 senduk cuka
1-2 senduk gula
Garam

Cara cara:
Hiris timun dan karot secara memanjang dan rendam dalam air garam. Masukkan juga beberapa ulas bawang merah yang diletak sebiji biji atau dipotong dua ke dalamnya.




Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Masukkan biji sawi dan serbuk kunyit. Tumis sehingga bawang wangi.




Masukkan sedikit air, cuka, gula dan garam serta karot. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Padamkan api dan masukkan timun. Ianya supaya timun kekal rangup krup krap. Kacau sebati.





0 coment�rios: