Percubaan pertama berjaya dilakukan oleh Najwa, terima kasih Awa. Lain kali kena buat lebih sikit tau.. resepi dari mesra.net tapi dah diuba...

SPAGHETTI AGLIO OLIO

Percubaan pertama berjaya dilakukan oleh Najwa, terima kasih Awa. Lain kali kena buat lebih sikit tau..
resepi dari mesra.net tapi dah diubahsuai mengikut apa yang ada dalam petisejuk.




Bahan-Bahan:
200 gm spaghetti yg telah dicelur
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
3-4 ekor udang sederhana besar * xletak
3-4 ekor isi kepah (Mussle) * xletak, ganti dengan sosej ayam & crab stick
Button mushroom (ikut suka)
1 sudu teh pati ayam
2-3 potong capsicum hijau (potong dadu atau memanjang)
1 sudu teh oregano flakes * letak cili flakes
daun parsley (dicincang)
cili padi (jika mahu pedas)
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk udang,mussle & pati ayam. Setelah udang kemerahan, masukkan pula capsicum dan button mushroom. Dan akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Garam secukup rasa, cili padi, oregano dan daun parsley.

Cadangan Hidangan:
Sekiranya spaghetti nampak kering, boleh ditambah minyak zaitun. Tidak perlu risau jika hidangan nampak berminyak kerana minyak zaitun tiada kolesterol.
Tambahan:
Boleh ditambah isi ayam, sotong atau apa2 seafood atau peeled tomato mengikut selera.

Selamat mencuba...

0 coment�rios: