RESEPI COKLAT MOIST BERKRIM BAHAN - BAHAN BAHAN 1 1 cawan serbuk koko 1/2 cawan gula halus/gula icing 1 cawan air panas 1/2 cawan susu cair ...

RESEPI COKLAT MOIST BERKRIM


RESEPI COKLAT MOIST BERKRIM

BAHAN - BAHAN

BAHAN 1

1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus/gula icing
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair


BAHAN 2

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus/ gula icing
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan bahan-bahan 1 ( serbuk koko, gula halus dan air panas) dan panaskan di atas dapur dengan api yang sederhana. Kacau sehingga rata dan berkilat. 

2. Tutup api dan masukkan susu cair sehingga sebati dan kemudian ketepikan dan sejukkan.

3. Pukul butter bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu serta esen vanilla.

4. Masukkan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit.

5. Kemudian masukkan tepung gandum secara berganti dengan adunan coklat di step 1 yang telah disediakan. Gaul sehingga rata dan sebati.

6. Adunan telah siap. Masukkan ke dalam bekas bersaiz 9�9 dan bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah selama satu jam.

7. Apabila telah siap masak, sejukkan sementara waktu.

8. Untuk cara moistkan kek, masukkan 100gm coklat masakan bersama 1 sudu besar susu pekat manis ke dalam 3 sudu air panas di dalam mangkuk. 

9. Gunakan cara double boiling di atas api.
Apabila telah pekat, curahkan ke sekeliling kek. Hias kek sementara moist masih cair.


0 coment�rios: