RESEPI AYAM BUTTERMILK LELEH BAHAN-BAHAN Ayam Telur 1 biji Tepung serbaguna Serbuk kari sikit Marjerin pelangi 4sudu besar Bawang merah 1bi...

RESEPI AYAM BUTTERMILK LELEH

RESEPI AYAM BUTTERMILK LELEH

BAHAN-BAHAN

Ayam
Telur 1 biji
Tepung serbaguna
Serbuk kari sikit
Marjerin pelangi 4sudu besar
Bawang merah 1biji
Bawang putih 5 biji
Cili Api 4 biji
Daun kari 2tangkai
Susu cair separuh tin
Gula
Garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan telur dalam ayam, gaul rata.

2. Serbuk kari tambah dalam tepung serbaguna.

3. Ambil seketul ayam, celup dalam tepung serbaguna. Terus gorengkan sampai garing.

Cara sediakan buttermilk

1. Masukkan 4sudu besar marjerin, tunggu dia cair.

2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan daun kari.

3. Dah layu, masukkan susu cair separuh tin.

4. Susu dah mengelegak, masukkan ayam. Tambahkan gula dan garam.

5. Biar sampai pekat sikit. Tutup api, dah boleh hidangkan.

Kredit Resepi :
FB Akmal Hamid

0 coment�rios: