Selepas selesai majlis akad nikah, Hafez dan Mira bergambar di taman rumah mereka yang cantik. Dalam masa yang sama terpaksa melayan tetamu ...

Majlis Persandingan Hafez Dan Mira


Selepas selesai majlis akad nikah, Hafez dan Mira bergambar di taman rumah mereka yang cantik. Dalam masa yang sama terpaksa melayan tetamu yang ingin bergambar dengan kedua mempelai. 

Setelah selesai, mereka menyalin pakaian untuk majlis persandingan di rumah. Dato Salehuddin menpunyai sahabat, jiran tetangga dan rakan perniagaan yang sangat ramai. 

Kalau anakanda sulung mereka dahulu, majlis resepsi diadakan di 2 tempat. Agak sukar untuk mencari hotel yang boleh memuatkan ramai tetamu mereka. Jadi kali ini, mereka mengadakan majlis bersanding di rumah untuk rakan rakan dan jiran jiran. 

Hafez dan Mira memilih persalinan warna kuning diraja yang direka oleh Aleng Tohara. Kain chiffon yang di patch dengan kain french lace sangat cantik dan terletak kemas. Diadakan juga majlis merenjis dan merestui untuk ahli keluarga terdekat. 


Selepas bergambar, pengantin menuju ke laman untuk santapan pengantin sehari. Ketika itu, hujan mulai turun dengan renyai renyai. Hujan rahmat yang pastinya meredupkan cuaca selepas itu. 


Selesai makan beradab, kedua pengantin beredar untuk majlis memotong kek perkahwinan yang dihias cantik. 


Oleh kerana saya menpunyai undangan majlis kawin anak jiran, kami terpaksa beredar. Alhamdulillah lega dan sangat gembira kerana majlis selesai dengan meninggalkan memori yang pasti akan terpahat di ingatan sampai bila bila. 



0 coment�rios: