Kali ini saya ingin menyambung catatan hari kedua 28 Disember di Manchester. Kalau di Malaysia, telah masuk 29 Disember. Klik di SINI untuk entri sebelum ini.
Seperti hari pertama, pukul 2 sudah terjaga. Memang tak boleh tidur. Saya bangun menyiapkan bahan untuk membuat cucur bawang. Hanya letak ikan bilis dan bawang sahaja. Garam pun tak letak sebab tak bawa. Tapi sebab dah lapar, hampir setengah kilo gandum juga.
Seperti hari pertama, pukul 2 sudah terjaga. Memang tak boleh tidur. Saya bangun menyiapkan bahan untuk membuat cucur bawang. Hanya letak ikan bilis dan bawang sahaja. Garam pun tak letak sebab tak bawa. Tapi sebab dah lapar, hampir setengah kilo gandum juga.
Pagi hari kedua di Manchester, kami bersarapan di rumah Juita. Dia dan Nelly menyediakan nasi goreng menggunakan perencah Maggi. Berebut sehingga habis satu kuali.
Selepas sarapan, destinasi pertama kami ialah Chesire Oak Outlet yang terletak dalam 45 minit perjalanan. Kali ini, Alain yang memandu dengan Nana sebagai penunjuk arah menggunakan waze. Walaupun ada GPS, dia selesa menggunakan waze. Kami berdua seronok pula duduk di belakang dengan anak anak.
Rupanya outlet dibuka pada pukul 9 pagi. Kami sampai dalam 9.30 pagi. Seperti biasa, awal pagi sangat sejuk. Kami terpaksa bergegas kerana selepas ini, kami mahu ke Anfield dan Old Trafford. Jika lambat, hari gelap dan gambar tak cantik.
Semasa di Chesire Oak saya masuk ke beberapa outlets terpilih sahaja kerana ianya sangat besar. Kami banyak menghabiskan masa mencari jam di Micheal Korrs dan Fossil. Hajat hati untuk mencari kasut adidas terpaksa dilupakan kerana orang terlalu ramai dan banyak design yang lama.
Kami kemudian beredar ke Clarks. Susah juga mencari kasut, bila ada yang disukai, saiz pula yang menjadi masalah. Tapi anak anak suruh saya beli juga, jadi saya beli 2 pasang dan Hubby juga beli kasut untuk kasual 2 pasang. Hanya Nelly yang beli, anak anak lain tidak berminat.
Dari Chesire Oak outlet, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Anfield di Liverpool dan Old Trafford untuk melihat stadium bola sepak kelab terkemuka di United Kingdom. Nantikan catatannya di entri akan datang.
0 coment�rios: