Jika hari kami sampai hujan turun tidak berhenti henti. Boleh klik di SINI dan SINI untuk entri sebelum ini. Hari kedua, juga sama di mana hujan turun dengan lebatnya sepanjang hari. Hajat hati untuk ke Kota Bharu terpaksa ditangguhkan sehingga agak tengahari.
Selepas membeli sarapan nasi kerabu berlauk itik serati untuk Aween di kedai bawah pokok teraje, kami balik ke bilik. Saya tak makan di situ kerana kami bersarapan di cafe resort. Saya makan nasi kerabu dengan pelbagai jenis ulaman yang semuanya kesukaan saya seperti petai, bunga kantan, serai, daun kesum, kacang panjang, taugeh dan pelbagai lagi. Disediakan sekali daging bakar. Saya mengambil sedikit sahaja nasi tapi kekenyangan sampai ke petang.

Selepas rakan sekolah saya, Rugaya Murni balik dari menghantar madu kelulut, kami terus bersiap untuk ke Kota Bharu. Rugaya atau dipanggil sebagai Kak Long ada berniaga madu kelulut yang diusahakan oleh suami beliau. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan madu kelulut asli, bolehlah hubungi beliau.
Perjalanan ke Kota Bharu juga menempuhi kesesakan lalu lintas. Sebaik sampai, kami terus ke Pasar Siti Khadijah. Terlebih dahulu, kami singgah di kedai makan yang kebanyakannya sedang dalam persiapan untuk ditutup.
Kami memesan sup perut campur yang sedap sedap, pedas pedas ala ala Thai. Maklumlah dalam cuaca sejuk seperti ini, memang nyaman sekali dapat menghirup sup panas panas. Tengok gambar di bawah, terdapat pelbagai jenis perut seperti perut muda dan perut biasa.

Selepas makan kami naik ke tingkat atas untuk mencari songket. Oleh kerana masa yang terhad, kami sempat membeli 3 helai sampin. Itu pun dalam keadaan tergesa gesa dan tidak sempat membuat pilihan. Sebetulnya harga yang dibayar agak mahal. Nantikan entri saya membeli songket lagi di Bazar Buluh Kubu.
Kami juga beli sedikit kuih muih untuk di bawa balik. Ketika itu hanya ada satu atau dua buah sahaja kedai yang masih dibuka. Itu pun mereka sedang menyusun barang jualan untuk menutup kedai. Pasar Siti Khadijah sepatutnya tutup pukul 7.00 malam tapi jika tiada pelanggan, mereka akan menutupnya lebih awal.
0 coment�rios: