Kali ini saya ingin menyambung lagi catatan percutian kami di kampung halaman di Kelantan. Boleh klik di SINI untuk entri sebelumnya. Pagi hari Ahad, kami berjanji untuk keluar bersarapan nasi dagang di Tok Bali dengan Prof Dr Mohad Anizu yang merupakan rakan sepersekolahan saya sejak dari Darjah satu hingga ke universiti, kami tinggal di kolej yang sama. Prof juga adalah bekas Pengarah MSD London.
Prof datang dengan memakai blazer kerana cuaca yang sejuk. Lagi pula dia baru sahaja menghadiri majlis perjumpaan dengan Datuk Dr Awang Adek Hussin di Bachok sebelum datang menjemput kami. Prof memberitahu yang Datuk Dr Awang bertanya kenapa saya tidak join mereka pagi ini bila diberitahu yang beliau ingin menjemput kami untuk bersarapan.
Memang sedap nasi dagang di Tok Bali. Terdapat banyak lauk pauk yang semuanya memang kesukaan saya. Ada ayam kampung, ada gulai kuning, ada gulai ikan Tongkol Terengganu dan banyak lagi.
Seperti biasa, saya memilih lauk itik serati. Ketika sampai di sini, hujan turun dengan lebat sehingga tempias ke dalam kedai. Kami makan dalam keadaan cuaca sejuk seolah sedang berada di luar negara pulak.

Selepas bersarapan, kami dihantar ke bilik. Saya mengajak Boy ke Kota Bharu sekali lagi bagi mencari sampin songket untuk majlis pertunangan selepas melihat sampin yang dipakai Fattah Amin yang sangat cantik di hari pertunangan bersama Nur Fazura.
Kali ini kami menuju ke Bazar Buluh Kubu pula. Seperti biasa perjalanan mengambil masa lebih dari satu jam dek kesesakan lalu lintas. Oleh kerana masa yang terhad, kami memilih juga dalam keadaan tergesa gesa. Ini adalah kerana kami mahu menghadiri majlis perkahwinan Rahimie yang akan bertolak pada pukul 2.30 petang.
Kedai pilihan kami adalah Herry Jewelery yang hanya menjual kain sampin. Jadi semua jenis kain sampin ada dijual di kedai mereka. Ada yang berharga ribu riban dan ada juga yang serendah RM250 untuk kain sampin yang ditenun menggunakan mesin. Saya percaya kepada pembelian barangan yang berkualiti kerana sampin boleh dipakai sepanjang masa. Tak luput ditelan zaman.
Saya membeli lagi 5 pasang sampin termasuk kain sampin yang Boy beli untuk dihadiahkan pada bakal mertua beliau. Walaupun ada terdengar cakap cakap yang mengatakan songket Terengganu lebih cantik, tapi sebagai anak Kelantan saya tetap berpendapat songket Kelantan cantik, halus buatannya dan sangat berpatutan harganya. Saya bangga dengan batik dan songket Kelantan.
Selepas sampin siap dijahit, kami bekejar balik kerana kami mahu ikut serta bersama rombongan pengantin. Semasa dalam perjalanan balik, berselisih dengan rombongan pengantin. Aduuh rasa seperti nak terbang sahaja ketika itu supaya cepat cepat sampai di villa... Baca entri majlis perkahwinan di SINI.

0 coment�rios: