Persiapan untuk majlis pertunangan Hafez dibuat dengan berdikit dikit kerana kami menpunyai masa yang agak panjang. Tambahan pula persediaan majlis untuk anak perempuan dengan anak lelaki sangat jauh berbeza. Jika anak perempuan, semua persediaan perlu dibuat. Boleh klik di SINI untuk majlis perkahwinan Nana. Tetapi untuk majlis anak lelaki, saya cuma membuat persediaan dari segi pakaian dan barang barang untuk hantaran sahaja.
Fabrik untuk pakaian majlis pertunangan, kami beli di Pasar Mayestik semasa ke Jakarta baru baru ini. Boleh klik di SINI. Hanya fabrik untuk pakaian saya sahaja yang dibeli dari Jakel. Saya memanggil tailor untuk pakaian Hubby dan anak menantu ke rumah. Manakala untuk rekaan pakaian saya dan anak anak perempuan, saya masih setia dengan Simon. Bila selesai bab pakaian, kira selesai sebahagian besar persiapan untuk majlis pertunangan.
Berkenaan barang hantaran juga, kami telah lama memilih cincin tunang. Puas juga merayap dari satu kedai ke satu kedai. Akhirnya saya memilih Diamond and Platinum. Kalau cincin emas semasa merisik dulu, kami memilih Habib Jewel.
Saya memang suka barang kemas di Diamond and Platinum kerana berlian yang digunakan sangat cantik dan harga juga berpatutan. Malahan rantai tangan berlian saya yang dibeli 13 tahun yang lalu masih cantik walaupun dipakai setiap hari siang dan malam. Saya hanya menanggalkannya ketika mengerjakan umrah. Memang saya tidak memakai apa apa barang kemas sepanjang di sana.

Di samping itu, saya juga mula membuat persiapan untuk majlis perkahwinan. Juga secara berdikit dikit kerana masih menpunyai masa. Malahan trip ke London akhir tahun juga, adalah kerana ingin mencari sebahagian dari barang persiapan perkahwinan.
Adui rupanya sangat jauh berbeza majlis anak perempuan dengan majlis anak lelaki. Apa apa pun ianya memberi pengalaman yang berbeza. Bak kata Dato Salehuddin, sahabat dan bakal besan kami, stress menyediakan majlis perkahwinan anak anak adalah stress yang menyeronokkan. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ya. Aameen.
0 coment�rios: