Hari minggu adalah hari saya ingin berehat, saya ingin lepak santai sepuasnya. Tak mahu memikir urusan pejabat yang pastinya tidak akan pernah selesai. Tetapi hakikatnya hari minggu adalah hari yang penuh dengan aktiviti. Aktiviti dengan keluarga dan anak anak dan juga aktivti bersama sahabat handai.
Jika malam Sabtu, saya dan Hubby menghadiri majlis makan malam sempena ulang tahun ke 10 firma guaman terkemuka, Salehuddin Saidin & Associates (SSA) bertempat di Hotel Concorde Shah Alam, hari Sabtu pula pagi pagi lagi kami ke Wangsa Walk kerana mempunyai temujanji dengan rakan sekolah saya Kol (B) Mohd Ramzi dan isterinya. Boleh klik di SINI untuk entri majlis makan malam SSA.
Hampir setengah hari juga kami di sana sebelum makan tenghari di Nasi Kak Wook Wangsa Maju. Itulah kali pertama saya makan nasi Kak Wook. Yang pasti rasanya sangat sedap dan menepati selera saya. Nana juga memberitahu yang beliau biasa lunch di situ, setiap kali bertugas di Hospital Sultan Mizan.
Hari Ahad pula, kami menpunyai temujanji dengan pereka pakaian terkenal Aleng Tohara. Aleng tiba di rumah kami dalam pukul 11.00 pagi. Jadi saya menyediakan mee goreng untuk hidangan sarapan pagi anak anak dan juga untuk tetamu yang berkunjung.
Selepas solat Zohor kami menghadiri majlis perkahwinan anakanda Haji Ruslan dan Hajah Sabariah, rakan karib sejak kami sama sama menunaikan fardhu Haji pada bulan Disember 2006.
Selepas bergambar gambar dengan pengantin, kami terus pula menuju ke Sg Long untuk menghadiri majlis House Warming rumah sepupu saya. Memang cantik rumah Wana dengan bilik anak anak yang sangat luas dan bilik air yang besar.
Wana adalah sepupu yang sangat rapat dengan saya sejak kecil lagi. Kami sama sama berusaha dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Saya tumpang gembira melihat kejayaan beliau berkat usaha gigih selama ini. Semoga Allah memberkati hidup kami dan keluarga masing masing. Ameen.
Pendek kata hari minggu adalah hari yang sangat padat dan sibuk dengan urusan keluarga dan sahabat sahabat. Kita tidak boleh hidup bersendirian. Kita mesti hidup dengan bermasyarakat. Saya akan cuba sedaya upaya memenuhi semua jemputan dan undangan jika tiada menpunyai aral dan halangan.
0 coment�rios: