Selamat Hari Jadi Hafez. Begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru lagi, kami melihat dia bertatih. Hari jadi Hafez atau kami memanggil beliau dengan panggilan Boy kali ini lebih istimewa kerana ianya adalah tahun terakhir menyambut hari lahir sebagai orang bujang.
Saya sebenarnya di dalam diam, sangat sedih dan dalam masa yang sama merasa gembira kerana tidak lama lagi Hafez akan menamatkan zaman bujang. Sedih kerana saya sendiri tidak menyangka secepat ini, dia akan menamatkan zaman bujang. Saya selalu berpesan, Boy lepas tamat belajar mesti kerja dan kumpul duit banyak banyak. Bila dah financially stable, baru kahwin.
Ketika menulis entri ini pun, airmata saya bergenang. Tapi bila difikirkan, buat apa ditunggu bila mereka telah menemui pasangan yang mereka sukai. Saya sendiri menemui cinta hati saya sewaktu saya berumur 20 tahun. Ketika itu, saya sangat pasti yang saya sangat menyintainya dan ingin hidup di sampingnya.
Mungkin begitu juga perasaan Bonda saya suatu ketika dahulu. Masih ingat lagi, ketika saya menelefon Bonda memberitahu hasrat ingin menamatkan perhubungan dengan cinta hati dengan ikatan perkahwinan, Bonda meminta supaya saya mengambil masa untuk berfikir semasak masaknya. Namun saya tetap bertegas dengan keputusan saya. Saya menangis di gagang telefon meminta Bonda memberi restu.

Berbalik pada makan malam kali ini, Mira juga turut sama meraikan harijadi Hafez. Makan malam sempena harijadi Hafez dilewatkan satu malam kerana Hubby mahukan semua anak anak turut serta. Kecuali Juita yang berada di Manchester.
Restoran pilihan adalah Tony Romas di e-Curve yang dicadangkan oleh Nana. Selepas makan malam, seperti biasa pihak Tony Romas telah menyediakan dessert untuk Birthday Boy sambil menyanyi secara beramai ramai.
Selepas makan, kami beredar ke The Curve kerana Hafez dan Mira ingin mengambil cincin pertunangan mereka yang telah siap di Diamond and Platinum. Kami sangat gembira melihat keserasian mereka. Sama samalah kita doakan agar mereka diberikan kemudahan dalam apa jua yang dilakukan dan diberi kebahagiaan dalam berumahtangga sehingga ke Jannah. Aameen.
0 coment�rios: