Setiap klik atau setiap minit, angka page view di blog saya akan menunjukkan peningkatan ratusan hingga ribuan. Tetapi blog saya agak sunyi ...

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap

Setiap klik atau setiap minit, angka page view di blog saya akan menunjukkan peningkatan ratusan hingga ribuan. Tetapi blog saya agak sunyi sepi. Tidak ramai yang komen di blog, like di Instagram atau like di facebook menjadikan saya sangat sunyi dan tidak ada semangat untuk menulis. Terasa seolah syok sendiri dan bersendirian. 

Tapi bila ada yang PM menanya khabar atau mengucapkan terima kasih, semangat yang ke laut akan kembali segar. Hmm tapi kenapa ya, semua seperti segan segan untuk like atau meninggalkan komen. Boleh saya tahu jika ada sebab sebab tertentu. OK saya sangat berharap sokongan anda untuk saya terus menulis. Jadi jangan segan segan lagi tau. 

Sekarang kita sentuh sedikit bab perkongsian ilmu untuk santapan minda. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan pesan dengan kebenaran. Saya sangat bersyukur kerana Allah telah menunjukkan jalan yang benar kepada saya. Tidak membiarkan saya terus terleka dengan keindahan dunia yang melekakan. Saya masih diberi peluang untuk mengisi masa yang ada untuk memperbanyakkan bekalan. Bukan diri kita yang hadir ke majlis majlis ilmu sebaliknya Allah yang menggerakkan hati kita. 

Ketika kuliah Zohor di surau tempat saya bekerja, Ustaz Aliff memberitahu manusia yang beriman tidak ramai. Diberikan contoh mereka yang hadir ke majlis majlis agama juga tidak ramai. Ustaz menyebut berapa ribu staf yang bekerja di sini tapi hanya beberapa orang sahaja yang hadir ke surau untuk mendengar kuliah dalam majlis ilmu. 

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap

Dari situ kita boleh bayangkan betapa ramai lagi di luar sana yang masih tidak dibukakan hati untuk hadir majlis ilmu. Namun begitu, kena ingat bahawa hati mudah dibolak balik, kena sentiasa dijaga dengan memperbanyakkan berdoa. Ada kala kita menjadi malas dan berat untuk melakukan kebaikan seperti solat berjemaah di surau dsb. Ada kalanya kita melengah lengahkan waktu solat. 

Sungguh menakutkan bila ustaz menyebut saat kita melakukan maksiat, iman keluar dari kita. Andainya kita dijemput mengadap Illahi ketika itu, maknanya mati tak kala tiada iman dalam diri. Nauzubillah. Destinasi kita adalah syurga sedang syurga adalah untuk orang beriman dan beramal soleh. Peringatan ini adalah untuk kita semua termasuk saya sendiri.

Kali pertama saya memasak Sambal Telur Pecah Bercili Pedas. Ianya ala ala Scramble Eggs tapi versi Melayu di mana adanya cili bawang belacan dsb. Saya alah dengan belacan jadi kebanyakan resepi saya tidak menggunakan belacan. Kalau anda boleh makan belacan, rasanya pasti lagi sedap kerana adanya perisa udang geragau dalam belacan. 

Yang seronoknya, bila melihat anak anak berebut rebut menceduk lauk Telur Pecah ni hingga sekejap jer dah licin pinggan. Sekali sekala membuat kelainan, itu yang dapat menbangkitkan selera anak anak. 

Jom layan resepi mudah dan yang pasti sedap. Jangan lupa layan video di Instagram Azie Kitchen untuk melihat video penyediaan masakan yang saya kongsikan di blog...

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap

 Sambal Telur Pecah Bercili Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 biji telur
Garam

Bahan tumbuk:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili padi kampung 
4 tangkai cili merah dan cili hijau
Belacan - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Tuangkan telur dan biarkan seketika sebelum dikacau. 

Masukkan garam secukup rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap



0 coment�rios: