Sebagai anak Kelantan, saya dah  biasa makan sup atau singgang tulang rusuk lembu dari kampung saya yang bukan sahaja segar tetapi memang me...

Sup Tulang Lembu Buat Nana



Sup Tulang Azie Kitchen



Sebagai anak Kelantan, saya dah biasa makan sup atau singgang tulang rusuk lembu dari kampung saya yang bukan sahaja segar tetapi memang mewah dengan daging. Maksud saya daging ditinggal melekat ditulang dengan banyak dan tebal. Bukan macam di sini, yang tulang betul betul tulang. 

Pada awal awalnya, memang rasa pelik kenapa di tulang, tak ada daging. Daging yang ada, sikit dan nipis sahaja. Kalau beli tulang di sini, yang berat timbangannya adalah berat tulang. Hmm itu yang saya tak faham kerana tulang bukan boleh dimakan. Pening lak kepala nak memikirkannya. Tapi itulah hakikatnya. 

Itulah sebab bila balik Kelantan, saya akan beli daging, tulang, kaki lembu untuk dibawa balik ke KL. Atau masa abang atau kakak turun ke sini, saya akan memesan sekali. Barulah puas makan sup tulang yang berdaging.


Sup Tulang Daging Sedap Azie Kitchen


Hari ini saya memasak tulang lembu dari daging korban yang dihantar oleh jiran kami. Nana tak makan daging kambing. Jadi bila saya tengok ada beberapa ketul tulang, saya tetap buat sup. Walaupun tak banyak, sekurangnya masih boleh menghirup kuah sup yang sedap dari daging segar. 

Serious, sedap sup tulang yang menggunakan daging korban. Ketika merebus, dapat dilihat kuahnya yang jernih dan dicium baunya yang manis. Air rebusan aka kuah sup berwarna jernih bukan keruh pekat seperti ketika merebus daging segar yang dibeli di pasar. Nama jer daging segar. Tapi bila direbus jer, dah berbau semacam jer air rebusannya. 

Kalau daging segar, tak perlu memasak sup yang diletak pelbagai rempah. Kita nak rasa kuah sup yang authentic gitu. Jangan nak letak letak, batang saderi atau buah tomato pulak. Itu dah jadi macam tom yam. Hahaha...

Jom layan resepi mudah menyediakan sup terutama untuk mereka yang tidak berapa sihat atau tidak berselera makan, boleh disediakan sup seperti ini. 



Sup Tulang Daging Sedap Azie Kitchen

Sup Tulang Lembu

Bahan bahan:
Tulang secukupnya
1 biji ubi kentang
1 batang karot
Garam
Daun sup
Bawang goreng

Bahan tumis:
Kulit kayu manis
1 bunjut sup
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1-2 inci halia - hiris

Cara cara:
Rebus tulang sehingga empuk. Masukkan uni kentang dan karot. Rebus lagi sehingga lembut. 

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, sup bunjut dan kulit kayu manis sehingga bawang wangi dan keperangan. 

Tuang bahan tumis ke dalam periuk sup tadi. Masukkan garam secukupnya. 

Akhir sekali, tabur bawang goreng dan daun sup.


0 coment�rios: