Hari ini saya sempat meluangkan masa menghadiri kuliah zohor Ustaz Aiman Mohd Shafie. Ustaz memulakan dengan menyebut berkenaan Allah akan m...

Masak Tempoyak Ikan Kelah





Hari ini saya sempat meluangkan masa menghadiri kuliah zohor Ustaz Aiman Mohd Shafie. Ustaz memulakan dengan menyebut berkenaan Allah akan memuji muji mereka yang hadir majlis ilmu di hadapan Allah. Orang yang hadir majlis ilmu sangat dikenali oleh penduduk langit. Sekiranya kamu mahu menghitung nikmat Allah. Nescaya Kami tak akan mampu menghitung nya.

Surah Az zumar ayat 42 diceritakan secara ringkas peristiwa yang berulang setiap hari iaitu manusia dibahagi kepada dua kumpulan. Pertama sekumpulan yang mati apabila tiba ajal kematian. Kedua ialah orang yang tidur, belum tiba ajalnya. Ianya mati kecil kerana roh terpisah dari jasad.

Kedua duanya adalah mati. Terdapat perbezaan iaitu Allah halang roh kumpulan pertama kembali ke dalam jasad mereka. Mereka telah berpindah ke alam baru iaitu alam barzah. Kumpulan kedua, mati sementara dan Allah menghantar kembali roh ke jasad masing masing sehingga tiba ajal untuk setiap seorang. Setiap malam bila kita tidur, kita telah dimatikan dan ketika bangun telah dihidupkan semula. Itu sebab kita kena baca doa sebelum dan selepas bangun dari tidur.
Teruskan membaca �

0 coment�rios: