Bahan-bahan nasi : 1/2 cawan marjerin 2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 cm halia muda 1 cm kulit kayu manis 4 kuntum bunga cengkih 2...
IFTAR 16 : NASI AYAM CHEF WAN
Bahan-bahan nasi :
1/2 cawan marjerin
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia muda
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan diikat simpul
4 cawan beras biasa/ beras wangi/ beras basmathi
5 1/2 cawan air rebusan ayam
Sedikit garam
Cara - cara :
1. Panskan periuk nasi atas dapur. Cairkan marjerin dan sedikit minyak. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2. Masukkan beras yang telah dibasuh, goreng sebentar dan perasakan dengan garam. Masukkan air rebusan ayam dan biar menggelegak seketika. Masukkan daun pandan. Kacau sekejap-sekejap dan pindahkan pada bekas elektrik nasi. Biarkan masak seperti biasa.
Bahan-bahan ayam :
1 ekor ayam dipotong 4 bahagian (direbus sehingga separuh masak)
1 sudu besar lada hitam diksar
2 cm halia ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin
Cara-cara :
1. Lumurkan ayam dengan halia, bawang, lada hitam kemudian baru dicampur kicap dan marjerin.
2. Bakar selama 30-40 minit dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.
Bahan-bahan sos cili :
5 biji cili merah
1 kiub pati ayam
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Semua bahan dikisar sedikit kasar
Bahan kicap pedas :
5 biji cili padi ditumbuk dan masukkan kicap, gaul rata.
Sup :
Menggunakan air rebusan ayam tadi, perasakan dengan garam dan kiub ayam. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan perasakan dengan limau nipis.
About author: CB Method
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 coment�rios: