Resepi : Dapur Kak Jee Bahan-bahan :  5 ekor ketam (dibersihkan dan belah dua)  4 ulas bawang putih diketuk  1 inci halia diketuk  2 sudu be...

CHILLI CRAB


Resepi : Dapur Kak Jee


Bahan-bahan : 

5 ekor ketam (dibersihkan dan belah dua) 
4 ulas bawang putih diketuk 
1 inci halia diketuk 
2 sudu besar cili kering kisar (ikut suka kepedasannya) 
2 sudu besar cili sos 
2 sudu besar hoisin sos (boleh guna sos tiram)
kicap nampla (sos ikan) atau garam secukup rasa 
sedikit aji 
2 butir telor ayam 
daun bawang dipotong 2 inci 

Cara-cara : 

Panaskan minyak dan goreng ketam separuh masak. Tepikan. 
Ambil minyak gorengan ketam tadi sebanyak dua sudu. Tumis bawang putih dan halia yang telah diketuk sampai agak garing. 
Kemudian masukkan cili kisar dan goreng hingga agak garing. Guna api sederhana. 
Lepas tu, tuanglah air ikut suka. Kalau nak lebih kuah, bubuhlah lebih sikit tapi janganlah sampai banjir lak. Masukkan sos cili dan sos sos hoisin (atau sos tiram). Kacau hingga rata dan kuahnya mengelegak.
Kemudian bubuhlah garam atau sos ikan (nampla) secukupnya. Kalau suka bubuhlah jugak pak aji yang naik motor tu. 
Selepas itu, masukkan ketam dan golek�kan sehingga sebati kuah dan ketam. 
Taburkan daun bawang. dan terus tuangkan dua biji telor yang telah dipukul manja dengan garfu. Kacau manja� dan terus tutup air. Kalau nak lagi pedas, sebaik sahaja api dipadam, taburkan juga cili padi yang telah dipotong kecik�.



0 coment�rios: