Entri yang tertunggak..buat untuk breakfast masa semua anak2 balik bercuti. Roti jala memang kegemaran keluarga. Resepi dari cmg, thanks. BA...

ROTI JALA DAN KARI AYAM

Entri yang tertunggak..buat untuk breakfast masa semua anak2 balik bercuti. Roti jala memang kegemaran keluarga. Resepi dari cmg, thanks.


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar - guna air sahaja
2-3 titik pewarna kuning makanan
3 camca besar mentega cair - x letak
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pencicah pilihan anda (kuah kari, sambal tumis, sos cili, kuah durian atau jem) - cicah kari ayam

 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam dan bahan pencicah, kacau hingga semua larut dan sebati, tambah garam secukup rasa, kacau lagi dan tapis. Atau lebih mudah anda masukkan dalam alat pengisar makanan (blender) dan kisar hingga semua rata. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 9 inci atau ikut pilihan anda. Lenser dengan sedikit minyak, mat sapu dengan kitchen paper towel yang dicelop dalam sedikit minyak masak. Kemudian isi adunan tadi (kacau dulu) ke dalam acuan roti jala dan kirai hingga ia bersilang antara satu sama lain.
  3. Bila nampak permukaannya pucat, boleh angkat. Terpulang pada anda samada nak lipat atau gulung seperti kuih ketayap. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Hidangkan bersama pencicah yang anda gemari...

0 coment�rios: