Tengok dari dapur Kjee. Walaupun selalu buat tapi refer juga untuk resepinya. tq Kjee.
BAHAN2NYA:
4 cawan tepung pulut
3 cawan santan pekat
gula ikut citarasa
sedikit garam
pewarna
daun pandan.
CARANYA:
Tepung pulut dicampur secubit garam dan diayak ke dalam bekas. Kemudian bubuhlah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan. Bagilah tiga bahagian. Warnakan ikut suka.
Masak air setengah periuk. Bila air sudah hendak mendidih, mulakan dengan satu warna dulu. ambil sedikit atau sebesar guli kaca, bulatkan dan leperkan. Terus campak perlahan2 ke dalam air panas tadi. Guna api sederhana sahaja. Apabila satu warna sudah siap, keluarkan dengan menggunakan sudip yang berlubang2 dan masukkan ke dalam satu bekas yang diisi dengan air sejuk (air paip). Ulang membuatnya sampai habis semua doh. keluarkan dan masukkan dalam bekas air sejuk tadi.
Masukkan santan, gula dan sedikit garam ke dalam periuk bersama daun pandan yang telah disimpul. Biarkan santan mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan. Kemudian masukkan semua pulut tadi yang telah ditoskan airnya. kacau perlahan2, selama kira-kira 7 minit, rasa dan tutup api. alihkan periuk dari dapur. itu jer. minum petang yang simple dan murah belanja. selamat mencuba.
(BUTIR NANGKA YANG TELAH DIREBUS, DIMASUKKAN KE DALAM BEKAS MENGANDUNGI AIR BIASA SUPAYA IA TIDAK MELEKAT ANTARA SATU SAMA LAIN)
Tengok dari dapur Kjee. Walaupun selalu buat tapi refer juga untuk resepinya. tq Kjee. BAHAN2NYA: 4 cawan tepung pulut 3 cawan santan pekat ...
About author: CB Method
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 coment�rios: